19 October, 2010

cerpen tragedi

Cerpen: Tragedi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

            Irnawati tunduk. Beberapa ketika dia mendongak lalu memandang wajah Pak Ismawan dan berkata, “Sebelum terlupa, elok saya nyatakan tujuan saya ke mari, Pak.  Sebenarnya saya memohon izin bapak.  Saya ingin menyimpan raket badminton Iswan sebagai kenangan dan tanda saya mengingati dia.  Bapak tentunya tidak keberatan memenuhi permintaan ini.  Bapak tentu simpati dengan keinginan saya ini.”
            Pak Ismawan tunduk.  Dia diam buat beberapa ketika.  Lepas itu dia memandang wajah Irna.  “Bapak izinkan. Nak Irna boleh menyimpannya. Raket itu sudah tidak berfungsi lagi dalam keluarga kami. Pemiliknya sudah tidak ada. Mudah-mudahan engkau dapat menyambung cita-cita dan keinginan Iswan, nak.”  Pak Ismawan bergegas masuk ke dalam.
            Irnawati tunduk sendirian.  Khayalannya mengimbau jauh.  “Sifat pengasihmu akan memudarkan bakat dan kecemerlanganmu.  Jangan tangguh-tangguh. Tumpaskan musuh secepat mungkin.  Ini dasar perlawanan dan akan mengangkat bakatmu dan kecemerlanganmu melonjak.”

(i)         Mengapakah Pak Ismawan bersetuju untuk memberikan raket badminton itu kepada Irnawati?
                                                                                                                              [3 markah]

Pak Ismawan bersetuju untuk memberikan raket itu kepada Irnawati kerana raket tersebut tidak bermakna lagi kepada keluarganya memandang Iswan telah meninggal dunia.  Pak Ismawan juga berharap raket itu akan menjadi pendorong kepada Irnawati untuk memajukan diri dalam bidang sukan badminton.

(ii)        Pada pendapat anda, mengapakah raket badminton tersebut sangat bermakna bagi Irnawati?
                                                                                                                             [3 markah]
Pada pandangan saya, raket tersebut bermakna kepada Irnawati kerana Iswan sangat akrab dengannya.  Selain itu raket tersebut membuatkan ingatannya terhadap Iswan terus segar. Malahan raket tersebut akan menjadi semangat kepadanya untuk mencapai kecemerlangan.

(iii)       Huraikan satu perwatakan Pak Ismawan dalam petikan dan dua perwatakan Pak Ismawan dalam cerpen tersebut.
                                                                                                                             [3 markah]
Perwatakan Pak Ismawan dalam petikan di atas menunjukkan beliau seorang yang murah hati kerana sudi memberikan raket anaknya kepada Irnawati.  Dalam cerpen tersebut pula, Pak Ismawan seorang yang pemaaf kerana memaafkan George Bulang yang melanggar Iswan.  Selain itu Pak Ismawan merupakan seorang yang penyabar.  Beliau menerima takdir kematian anaknya dengan hati yang sabar.

di jari oleh zya