19 October, 2010

cerpen aku , kris dan kristal

Cerpen: Aku, Kris dan Kristal
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

            Aku, Kris dan Kristal jadi tiga serangkai dan sahabat yang baik.  Aku pernah mendengar daripada Teh, sepupuku yang pernah melancong ke sini.  Orang Inggeris sombong-sombong belaka.  Salah kau, Teh!  Aku pernah menulis kepada mak  dan abah di kampung tentang kebaikan dan kemurahan hati mereka memberi bantuan.  Tidak lupa kuselitkan nama Kris dan Kristal. Namun seminggu kemudian aku menerima imbalan daripada mak.  Anataranya aku diingatkan agar tidak terlalu mempercayai orang asing yang tidak kenal asal-usulnya.  Ah,  mak terlalu bersifat prejudis!
            “Orang Malaysia cantik dan berhemah tinggi.  Macam Hana!” 
            Aku menerima pujian itu dengan senyum yang melebar di bibir.  Bukan sekali dua aku menerima pujian itu daripada Kris.
            “Kenapa mesti pakai ini?”   Kris bertanya sambil menuding jari telunjuknya ke arah tudung yang aku pakai.
            “Di sini saya nampak ramai orang berpakaian seperti Hana.”  Dia menambah.  Angin sejuk bulan Februari mengelus lembut.

(i)         Apakah pandangan Teh dan mak tentang masyarakat tempat ‘aku’ berada sekarang?
                                                                                                                        [3 markah]
Pandangan Teh dan mak tentang masyarakat tempat ‘aku’ tinggal sekarang ialah masyarakat tersebut sombong dan angkuh, tidak mengamalkan sikap pemurah dan tidak boleh dipercayai.

(ii)        Pada pandangan anda, mengapakah Kris begitu tertarik dengan tudung yang dipakai oleh ‘aku’?
                                                                                                                        [3 markah]
Pada pandangan saya, Kris tertarik dengan tudung yang dipakai oleh ‘aku’ kerana amalan itu tidak ada dalam masyarakat Barat.  Kris juga menyedari bahawa banyak  wanita yang memakai tudung.  Oleh itu,  dia ingin tahu akan perasaan orang yang memakainya, dan tujuan pemakaiannya.

(iii)       Huraikan dua teknik plot berserta contohnya seperti yang terdapat dalam petikan di atas.
                                                                                                                        [3 markah]

Dua teknik plot yang terdapat dalam petikan di atas ialah teknik dialog dan teknik imbas kembali.  Teknik dialog berlaku dalam perbualan  antara Kris dengan ‘aku’.  Teknik imbas kembali pula wujud apabila ‘aku’ mengenang kembali kata-kata Teh dan ibu ‘aku’ tentang masyarakat Barat.

di jari oleh zya