07 March, 2011

masa depan


assalamualaikum semua . okay masing-masing mesti ada masa depan tersendiri . okay zya pulak . nak jadi apa ea ? nak jadi perompak ke ? haha tak teringin langsung okay . meh sini saya mahu berbicara :)

tadi masa dekat dalam kereta aku da fikir masa depan aku . then aku mintak pendapat oleh kedua ibubapa saya . okay aku cakap begini 

aku : pa kalau keputusan spm zya kurang menarik , tolong hantar zya dekat kelantan ? 
papa : nak buat apa ? nak belajar agama pulak ke ?
aku : yola laa . insyaALLAH zya jadi ustazah ke . 
papa diam je . aku tanya pendapat ibu pulak . meh buat dialog . hahhaa tak lawak pon . tuu pon nak gelak . shhh diam laa kau . memekak jee dowh .

aku : ibu kalau keputusan zya kurang baik ,tolong hantar zya dekat sekolah agama ? (ibu diam jee)
aku : ibu zya cakap dengan ibu laa bukan dengan kerusi .
ibu : nak belajar dekat mana ?
aku : dekat kelantan laa . tempat kelantan baik sikit .
ibu : yelaa , nanti ibu tanya cik wan . 

aku rasa happy sangat . sebab aku memang nak sangat belajar dekat kelantan . nanti tak dapat mengonline mengupdate . nanti aku rindu . walawehh tapi laa *berkorban apa saja* 

nanti aku rindu family aku . nanti aku rindu masakan ibu . nanti aku rindu si gigi rabbit aku . nanti aku rindu kawan kawan yang aku kenali . nanti aku rindu nak mengonline dan juga mengupdate . tapi laa bukan selalukan . so sabar jee laa . 

so cita-cita aku nak jadi ustazah . insyaALLAH . manusia boleh berubahkan ? kalau tak jadi uztazah aku nak jadi macam mak aku . buat kuih raya . walawehh aku minat buat kuih . 

so kalau nak buat kuih mesti kena banyak pengalaman . silap haribulan kena tipu sama orang . YA ALLAH memang taknak laa kan . tak sanggup aku kena tipu dengan orang . kita susah payah buat kuih pagi siang petang malam tak tidur tidur senang senang jee orang tipu kita . so dari situ aku kena belajar . belajar macam mana nak mantapkan membuat kuih , kita jangan tipu orang nanti hidup tak berkat , kita selalu jaga pelanggan dengan elok supaya dia senang dengan kita , kita mesti senyum *senyum tak perlu kata apa-apa* kalau muka macam taik baik tutup kedai dan lain lain lagi laa . so dari situ aku kena belajar .

aku tahu buat kuih ni bukanNya senang . penat dowh . aku pon pernah alami juga laaa wehh . masa aku kecik dulu aku selalu kacau mak aku buat kuih dan sampai ke besar akhirNya usik juga kuih ni . haha . aku memang minat buat kuih . memang best laa . bila buat kuih then bersepahkan ? haa masa ni laa aku malas nak kemas . ohh memang nak kena jerit dengan akak aku laa nanti . 

masa aku form 4 aku memang semangat tolong mak aku . ingat dalam kepala otak aku resepi kuih . ingat harga kuih apa semua laa . bila form 5 ohh no tidak semangat lagi . mula laa mengelabah ayam . lupa resepi kuih laa tak ingat harga kuih berapa laa .  sebab masa tuu memang aku tak sepenuhNya ambik tahu laa . aku malas . sakit hati dengan budak kelas semua . so aku tak berminat . then bila tahun ni insyaALLAH aku semangat balik macam dulu . yelaa kan kesian mak aku . pekerja memang ada . itupon dari pukul 8 lebih hingga laa pukul 5 or 6 lebih baru dorang balik . malam aku yang ambik alih .

ehh cerita pasal kuih pulak . haha . so masing-masing ada cita-cita tersendiri . insyaALLAH cita-cita kita akan tercapai . so kita kena berusaha lebih gigih lagi . so bila tercapai jangan sia-siakan . guna laa sebaik mana mungkin . kbai :)

di jari oleh zya