18 October, 2010

SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk

Dipetik daripada dalam antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 200(0)

(i) Berikan maksud rangkai kata mudik menongkah surut. [2 markah]

pergi /belayar ke hulu sungai menyongsong /melawan arus air yang turun

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengubah nasib malang yang dialami oleh
seseorang?
[4 markah]  
- perlu bekerja kuat 
-berkongsi pengalaman orang lain 
-mencontohi mereka yang telah berjaya
- belajar daripada kesilapan
- jangan banyak bersedih

(iii) Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam petikan seloka di atas. [3 markah]
 


- Kita hendaklah rajin berusaha untuk menyelesaikan masalah
- Kita hendaklah reda menerima apa-apa jua yang ditentukan oleh Allah
- Kita hendaklah bersabar menghadapi dugaan

 (i) Nyatakan tindakan-tindakan kurang bijak yang dilakukan oleh Pak Kaduk. [3 markah]

 - mempertaruhkan kampungnya sehingga menyebabkan kampungnya tergadai.
- membuang nasi sehingga dia kebuluran
- mempunyai rumah tetapi dijadikan tempat persinggahan sahaja



di jari oleh zya